solekan mata kucing

PERHATIKAN solekan mata selebriti Hollywood seperti Angelina Jolie, Kate Moss atau Amy Winehouse ketika ini. Kelihatan seperti berada di zaman Firaun dan fesyen itu digelar solekan mata kucing.


  1. Sapukan seluruh kelopak mata dengan pembayang mata neutral.
  2. Sapukan warna coklat pada bahagian bawah tulang kening bagi menyerlahkan bentuk kelopak mata.
  3. Lukis garisan sederhana tebal pada bahagian atas kelopak mata menggunakan pensil mata dari gerakan dari dalam membawa ke hujung mata. Pada bahagian hujung mata, lorek sedikit lekukan ke atas membentuk seperti segi tiga pada hujungnya.
  4. Kemaskan lorekan dan tambah garisan menggunakan warna yang sama pada bahagian bawah mata. Pastikan palitan pensil mata pada bahagian atas dan bawah bersambung di penghujungnya bagi memastikan ia kelihatan kemas.
  5. Akhiri dengan sapuan maskara jika ingin mata bundar anda kelihatan lebih galak.




Cuba lukis garisan pada mata berulang kali bagi memastikan anda benar-benar mahir mengawal pensil mata. Latihan yang dibuat juga membolehkan hasil lorekan mata kucing kelihatan kemas. Pilihan warna bergantung pada anda sama ada biru gelap, coklat atau hitam. Atau jika anda inginkan kesan tampak dramatik sesuai dengan majlis yang ingin dihadiri, boleh gunakan pensil warna metalik yang ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna memukau.

Reactions: 

tempoh hayat alat makeup

Foundation (alas bedak)
Cream foundation: 1 1/2 tahun
Liquid foundation (oil free): 1 tahun
Concealer :1 tahun

Powder dan blush
Cream to powder: 1 tahun
Powder: sehingga 2 tahun
blush: sehingga 2 tahun
cream blush: 1 tahun

Eye make-up atau eye shadow
Cream eye shadows: 1 tahun
Powder eye shadows: sehingga 2 tahun
Eye liner (pencil): 1 tahun
Eye liner (liquid): 3-6 bulan
Mascara: 1-3 bulan

lipstik atau lipgloss
Lip liner: 1 tahun
Lipstick: sehingga 2 tahun
Lip gloss: 1 1/2 tahun

Reactions: 

asas solekan



Bedak asas disapukan serata wajah. Kalau guna cecair , seeloknyer guna tangan .Lebih rata. Pastu baru guna bedak compact.Untuk sapuan mata , kita gunakan warna asas dulu seperti kuning atau emas. 


Sapu kedua belah kelopak mata.Mulakan sapuan warna yang kita nak di kelopak mata. Saya lebih suka warna cokelat dan warna emas untuk pergi ke pejabat. Malas nak fikir2 warna. warna tu je selalu guna untuk ke pejabat.

Kita nak sapukan pembayang mata , seeloknyer gunakan berus yang lembut supaya senang nak blend warna. Kalu tak nanti warna bertompok.

Pastu guna liquid eyeliner dan oleskan dari penjuru terus kebahagian dalam.Tebalkan sedikit di bahagian ujung. supaya mata kita galak. Bos tengok mata kita pun tak jadi nak marah. Hehehe gurau jer
Pastu ketip kan bulu mata. dan sapukan maskara.

Ratakan kening menggunakan berus kening . Kalau nak tebal gunakan eye shadow berwarna cokelat. Sikat kan kening supaya warna sekata.

Last sekali gunak lip gloss yang berwarna atau yang biasa. tak yah guna lipstik.Janji mata kita menunjukan keserian dan kecerian penampilan pada hari tersebut.

Senang dan mudah kan , tips make up saya. Saya rekomenkan guna barangan elianto. senang dan tak comot seperti brand make up lain.Make up artis pun guna Elianto untuk make up . Baranga elainto harga nye berpatutan.Yang penting tahan lama dan kalis air. 
selamat mencuba =)

Reactions: